HOME  About Us  Whistleblowing Policy

Objektif: DASAR DEDAH PENYELEWENGAN

Nationwide Express Courier Services Berhad dan kumpulan syarikatnya ("Kumpulan Syarikat"), komited untuk mencapai tahap piawaian integriti tertinggi daripada semua kakitangan dan pembekal. Kumpulan Syarikat memandang berat sebarang salah laku oleh mana-mana pihak samada pihak pekerja, pengurusan, pengarah, pembekal atau mana-mana pihak berkepentingan lain yang terlibat dengan atau di dalam Kumpulan.

Dasar ini dirangka untuk mengukuhkan kedudukan Kumpulan dalam menggalakkan pekerja atau pihak berkepentingan yang lain untuk meningkatkan kebimbangan mengenai salah laku yang mungkin atau yang telah berlaku berkaitan dengan laporan kewangan, pematuhan dan penyelewengan lain. Saluran dedah penyelewengan ditubuhkan untuk membantu pekerja atau pihak berkepentingan yang lain menimbulkan kebimbangan, tanpa rasa takut tindak balas atau dendam.

Kumpulan berharap agar semua pihak sentiasa bertindak dengan niat baik dan mempunyai alasan yang munasabah apabila melaporkan aduan. Walau bagaimanapun, tuduhan jahat atau palsu oleh pemberi maklumat akan dipandang serius dan dianggap sebagai salah laku berat dan jika terbukti ianya boleh membawa kepada pemecatan jawatan.

Identiti pihak yang melaporkan aduan dedah penyelewengan akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, sekiranya identiti pengadu perlu didedahkan bagi tujuan penyiasatan, persetujuan pengadu akan diambil terlebih dahulu.

Apa-apa percubaan untuk membalas dendam atau mengugut sesiapa yang telah melaporkan aduan dedah penyelewengan dengan niat baik akan tertakluk kepada tindakan tatatertib yang bersesuaian.

Jenis-jenis salah laku

Mana-mana pihak boleh membuat aduan dedah penyelewengan jika mereka mengetahui sebarang salah laku, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: -
  • penipuan
  • penyelewengan aset
  • jenayah pecah amanah
  • rasuah
  • gangguan seksual
  • perakaunan tidak wajar
  • penyalahgunaan maklumat sulit
  • pelanggaran dasar Kumpulan dan pihak berkuasa
  • tindakan yang bertentangan dengan kepentingan Kumpulan, undang-undang, peraturan atau dasar awam
  • sengaja menyembunyikan maklumat berkenaan dengan mana-mana perkara di atas

Prosedur

  1. Apa-apa kebimbangan atau aduan harus diberitahu kepada ketua jabatan. Sekiranya atas sebab-sebab yang difikirkan tidak sesuai dilaporkan kepada ketua jabatan, maka kebimbangan itu perlu dilaporkan kepada Pengarah Urusan. Saluran aduan kepada Pengarah Urusan adalah seperti berikut: -
  2. Pengarah Urusan

    E-mail
    wb_mb@nationwide2u.com

    Alamat
    SULIT & PERSENDIRIAN
    Nationwide Express Courier Services Berhad
    Lot 11A, Persiaran Selangor, Section 15,
    40200 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
    U/P : Pengarah Urusan

  3. Dalam kes berkenaan pihak pengurusan, maka laporan tersebut perlu dibuat kepada Pengarah Kanan Bebas. Saluran melaporkan kepada Pengarah Kanan Bebas adalah seperti berikut: -
  4. Pengarah Aduan Penyelewengan

    E-mail
    wb_director@nationwide2u.com

    Alamat
    SULIT & PERSENDIRIAN
    Nationwide Express Courier Services Berhad
    Lot 11A, Persiaran Selangor, Section 15,
    40200 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
    U/P : Pengarah Aduan Penyelewengan
 



User ID:    Password: 

SIGN UP NOW ! And gain access to our web-based services such as viewing of your previous shipments with us, schedule for a shipment pick-up and request for packaging materials, envelopes and related supplies.

Forgot Password ! Or need a Login ID.


by Consignment note
by Company Ref. No.

Please enter the first 8 digits of your shipment's Consignment note number. You may key-in up to 15 Consignment note numbers; one number per line.*
About Us
 Our Profile
 Competitive Advantages
 Milestone
 Our Vision, Mission & Value
 Board of Directors
 Senior Management
 Whistleblowing Policy
 Annual Report
 Bursa Announcements
 

|  Disclaimer   |  Terms of service   | Sitemap   |

© 2010. Nationwide Express Courier Services Berhad.™ All rights reserved. Best viewed: ie 7.0 above (1280 x 1024)